Home > Politics > LAPORAN KHAS ISU KAUM INDIA”Isu Interlok”

LAPORAN KHAS ISU KAUM INDIA”Isu Interlok”


ISU

Buku Novel Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia bagi tingkatan 5 yang bertajuk INTERLOK, Edisi Murid, Karangan Abdullah Hussein kini menjadi bahan kontroversi di kalangan masyarakat Tamil di Malaysia. Artikel dalam muka surat 211 yang menyentuh kasta ‘Pariah’ dilapor mengguris hati sebahagian besar masyarakat Tamil kerana istilah itu dianggap menghina sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat Tamil.

 

Petikan dari Novel Interlok

Malayam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria”

Kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan elemen kasta dan seumpamanya kerana ia akan memecahbelahkan masyarakat india khususnya generasi baru.

Pelbagai usaha dijalankan oleh parti politik MIC dan NGO untuk membentuk generasi muda yang bebas dari perpecahan kasta. Di Malaysia elemen kasta ini tidak memberi sebarang kebaikan atau perubahan yang signifikan dalam memajukan masyarakat india. Ia akan memundurkan masyarakat india dari aspek sosial dan ekonomi jika ,elemen ini digunapakai oleh masyarakat India dan akan menjadi satu tembok penghalang bagi kita mencapai gagasan 1Malaysia.

Walaupun,tidak dinafikan ia diamalkan dulu tetapi kini ia cuba dilupai dan tidak diberi kepentingan, tetapi jika elemen ini diajar atau diguna di dalam Buku teks sekolah Tingkatan 5,maka implikasinya adalah sangat negatif. Pelajar akan didedahkan atau diajar untuk mengasingkan mereka mengikut kasta dari peringkat sekolah. Pertelingkahan sesama murid mungkin tercetus. Assabiyah kasta akan tersemai dari peringkat sekolah, yang akan memecahbelahkan kaum India selamanya.

 

 

 

 

ANALISA DARI ASPEK POLITIK

1.      Isu ini dibangkitkan oleh NGO India yang dipimpin oleh dua badan NGO seperti NGO Tamil Foundation dan majlis Gabungan NGO-NGO India.

2.      Isu ini dijangka akan dieksploitasikan oleh Pakatan Pembangkang dalam menghadapi PRK Tenang, malah PRU13.

3.      Laporan intelligence politik mengatakan kumpulan tersebut sedang menyedia untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran dalam sedikit masa lagi dengan kerjasama PR.

4.      Kumpulan ini juga dijangka akan menggunakan isu ini dan meletakkan seorang calon bebas bagi memecah belahkan sokongan kaun India kepada BN dalam PRK Tenang.

 

CADANGAN

1.      Dalam hubungan ini, kerajaan dicadang menarik balik buku tersebut daripada pasaran malah penggunaan di sekolah untuk membuktikan Kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak prihatin terhadap isu-isu sensitive kaum dan etnil yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum malah dikalangan kaum.

 

 

Disediakan oleh Sivarraajh,Pemuda MIC



About these ads
Categories: Politics
  1. pelajar
    February 1, 2011 at 1:03 pm | #1

    kerajaan harus mengubahsuai kandungan novel interlok ini…..penulis ini boleh dianggap sbg seorang yg tidak menghormati agama lain atau dgn lebih jelas ‘kurang ajar’

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: