Pandangan saya terhadap bajet 2010

October 8, 2011 Leave a comment

semalam YAB PM telah membentangkan belanjawan 2012, Belanjawan ini boleh dikatakan telah mengambilkira seluruh pandangan dan harapan rakyat. Pada masa yang sama ia telah digubal dengan mengambilkira keadaan ekonomi seantaro. Belanjawan 2012 memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia kerana semua golongan dari muda hingga tua diberi kepentingan.

Penjawat awam yang dilihat sebagai semakin tidak menghargai sumbangan dan tidak menyokong polisi dan implementasi kerajaan turut dihormati dan diberi penghargaan diatas sumbangan golongan ini yang tidak terhingga kepada pembangunan negara. Selain itu, usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawan dan mencapai KDNK yang tinggi tercapai walaupun keadaan ekonomi dunia semakin parah.
Seperkara lagi yang boleh kita bangga dan penghargaan kepada perpaduan dan kestabilan politik negara ialah kenaikan FDI sebanyak 21bil. ayng merupakan jumlah FDI yang tertinggi di ASIA ( menurut majalah maya Asia Money plus oleh Daniel Flatt,Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 400% dari tahun 2007) ini menunjukkan segala program Kerajaan melalui PEMANDU seperti ETP,GTP dan RMK10 amatlah berjaya dan bukan setalat rhetorik.
Alokasi untuk pendidikan dan pembangunan infra luar bandar jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dan generasi yang akan datang. secara kesimpulannya, Belanjawan 2012 merupakan satu belanjawan untuk rakyat dan konsep mengutamakan Rakyat jelas menampakkan hasilnya. Syabas kepada pemimpin negara YAB Perdana Menteri kita yang disanjungi.

Categories: Uncategorized Tags:

Biasiswa: Usah tunjuk lebih kuasa dari kerajaan, Pemuda MIC kecam Perkasa

Biasiswa: Usah tunjuk lebih kuasa dari kerajaan, Pemuda MIC kecam Perkasa
May 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Pemuda MIC mencabar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali supaya bersuara untuk rakyat, bukannya mempertahankan kerajaan jika ada kelemahan dalam pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang muncul isu kontroversi sekarang.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda MIC kebangsaan C Sivarraajh berkata, kenyataan Ibrahim menerusi badan yang diwakilinya semalam menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding kerajaan dalam isu membabitkan masa depan pelajar.

“(Oleh itu) pergerakan Pemuda MIC dengan sekeras-kerasnya ingin membantah kenyataan akhbar oleh YB Ibrahim Ali (semalam) yang memberi amaran kepada MIC dan MCA agar tidak bercampur tangan dalam urusan JPA.

“Persoalan yang timbul di sini adalah apakah YB Ibrahim Ali sungguh berkuasa untuk bersuara demi kerajaan dan mampu memberikan amaran kepada MIC dan MCA parti politik yang terulung di Malaysia bersama Umno?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, MIC dan juga rakan parti komponen dalam BN iaitu MCA merupakan kerajaan pemerintah dan apa salahnya menegur antara satu sama yang lain.

“YB Ibrahim Ali mewakili parti mana? Beliau merupakan seorang calon bebas dan bersuara menerusi NGO yang bernama Perkasa.

“Saya ingin mencabar YB Ibrahim Ali untuk tampil bersuara dalam menyuarakan isu biasiswa JPA dan kelemahan dalam implementasi arahan Kabinet,” katanya lagi.

Oleh itu kata Sivarraajh, beliau mencabar Ibrahim Ali bahawa, sebagai seorang wakil rakyat, harus bersuara untuk rakyat bukannya mempertahankan kerajaan sekiranya ada kelemahan dalam implementasi keputusan Kabinet.

“Keputusan YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri untuk memberi biasiswa kepada semua yang menerima 8A+ dan ke atas dalam SPM harus dihormati.

“Sekiranya arahan Perdana Menteri itu tidak disambut dengan baik oleh JPA yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka ini menunjukkan kelemahan serius dalam pentadbiran. Arahan Perdana Menteri diingkari oleh pegawai kerajaan dan ini harus dipandang serius,” tegas Sivarraajh.

Katanya lagi, untuk pengetahuan umum dan khas buat Ibrahim, seramai 363 pelajar yang layak mendapat tawaran biasiswa JPA tidak diberikan skim itu.

“Ini merupakan sesuatu yang serius. Kami dari Pemuda MIC menghormati keputusan Perdana Menteri dan ingin keputusan itu dilaksanakan tanpa sebarang isu.

“Kita tidak menyoal tentang siapa yang dapat biasiswa luar negara mahupun dalam negeri, apa yang menjadi isu adalah kerana masih ramai yang layak, namun tidak diberikan biasiswa berkenaan?” katanya.

Kata Sivarraajh, sekiranya Ibrahim ingin bersuara untuk kaum Bumiputera menerusi Perkasa, sayap itu tidak ada isu dan beliau boleh meneruskannya dengan sebaik yang mungkin, akan tetapi jangan ganggu atau menyoal hal ehwal dalaman BN.

“Kami parti komponen BN dan bukannya calon bebas yang bersuara dengan sebuah NGO.

“Kami mempunyai hak untuk bersuara demi kaum India. MIC sedang berbincang dengan Perdana Menteri dan pihak yang terlibat,” katanya lagi.

Justeru, kata beliau, Pemuda MIC ingin menasihatkan Ibrahim agar jangan masuk campur hal ehwal BN dan kalau boleh luangkan lebih masa di kawasan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya.

“Kami tidak memerlukan nasihat YB Ibrahim Ali mahupun Perkasa. Secara kesimpulannya, ‘mind your own business YB Ibrahim Ali and Perkasa’!” kata beliau.

Sivarraajh menambah, Pemuda MIC juga mahu Perdana Menteri segera campur tangan dalam isu tawaran biasiswa ini agar tiada sesiapa yang sengaja memanipulasikan isu berkenaan.

Najib dijangka akan mengadakan pertemuan dengan JPA berkenaan isu ini esok.

“Kami percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri dan kami tahu benar bahawa Perdana Menteri sangat prihatin terhadap kaum India,” katanya.

Categories: Press Statement Tags:

Kenyataan Setiausaha Pemuda MIC terhadap kenyataan Dato Nazri Abdul Aziz

March 27, 2011 Leave a comment

Kenyataan Setiausaha Pemuda MIC terhadap kenyataan Dato Nazri Abdul Aziz

Kenyataan Nazri Aziz yang meminta MIC untuk menyerahkan kembali 6 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak menunjukkan kealpaan dan ketidak matangan beliau sebagai Menteri kanan yang sepatutnya lebih memahami dengan apa yang berlaku di arena politik Negara.

Pemuda MIC ingin mengingatkan kepada beliau bahawa kekalahan BN di Perak dan negeri-negeri lain di PRU 12 bukan hanya masalah MIC tetapi merupakan masalah atau disebabkan kelemahan BN secara keseluruhanya. Maka,adalah tidak wajar bagi beliau menuding jari atau mengeluarkan kenyataan menuduh parti-parti komponen di atas malapetaka yang mengubah landskap politik Negara. Sebagai pemimpim yang berdedikasi, kita semua harus mengambil ikhtibar dan tanggungjawab ke atas kegagalan kita untuk memenuhi kehendak rakyat sebelum 2008.

Tetapi saya yakin dan percaya, pandangan Dato Nazri tidak mewakili pandangan Barisan Nasional atau UMNO secara keseluruhanya tetapi meninggalkan kesan yang tidak baik di masa-masa kita menghadapi pilihanraya di Sarawak dan PRU13.

Beliau harus sensitif dan mengunakan pengalaman beliau secara waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai Menteri Kabinet, kerana pandangan peribadi beliau akan disalah anggap sebagai pendirian BN.

Parti-parti kompenen telah berjuang secara jujur bersama-sama dengan UMNO dan BN selama 63 tahun, mempertanggungjawabkan parti-parti komponen 100% setelah mengalami kekalahan tidak menunjukkan semangat kesetiakawanan BN. Beliau tidak harus menafikan, keikhlasan masyarakat india dalam menyokong dan mengundi BN selama 53 tahun,tetapi Kenapa pada tahun 2008 masyarakat India yang selama ini yakin dan setia membuat keputusan untuk mengundi pembangkang? Kita harus mengkaji dan menganalisis sebab-sebabnya secara holistic dan bukannya menuduh sesesiapa.

Tetapi kami yakin dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan aspirasi 1Malaysia ,masyarakat India semakin yakin dan kembali ke pangkuan BN. Nazri harus memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin parti komponen dan BN harus membuat resolusi untuk menghalang sesiapa termasuk menteri untuk membuat kenyataan sebegini mengenai parti dan pemimpin komponen bagi merealisasikan aspirasi YAB PM iaitu 1malaysia “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan”

Sekian, Terima Kasih

Sivarraajh
Setiausaha
Pemuda MIC
019-2663060
shiva@pemudamic

Categories: Politics, Press Statement Tags:

LAPORAN KHAS ISU KAUM INDIA”Isu Interlok”

January 5, 2011 1 comment


ISU

Buku Novel Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia bagi tingkatan 5 yang bertajuk INTERLOK, Edisi Murid, Karangan Abdullah Hussein kini menjadi bahan kontroversi di kalangan masyarakat Tamil di Malaysia. Artikel dalam muka surat 211 yang menyentuh kasta ‘Pariah’ dilapor mengguris hati sebahagian besar masyarakat Tamil kerana istilah itu dianggap menghina sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat Tamil.

 

Petikan dari Novel Interlok

Malayam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria”

Kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan elemen kasta dan seumpamanya kerana ia akan memecahbelahkan masyarakat india khususnya generasi baru.

Pelbagai usaha dijalankan oleh parti politik MIC dan NGO untuk membentuk generasi muda yang bebas dari perpecahan kasta. Di Malaysia elemen kasta ini tidak memberi sebarang kebaikan atau perubahan yang signifikan dalam memajukan masyarakat india. Ia akan memundurkan masyarakat india dari aspek sosial dan ekonomi jika ,elemen ini digunapakai oleh masyarakat India dan akan menjadi satu tembok penghalang bagi kita mencapai gagasan 1Malaysia.

Walaupun,tidak dinafikan ia diamalkan dulu tetapi kini ia cuba dilupai dan tidak diberi kepentingan, tetapi jika elemen ini diajar atau diguna di dalam Buku teks sekolah Tingkatan 5,maka implikasinya adalah sangat negatif. Pelajar akan didedahkan atau diajar untuk mengasingkan mereka mengikut kasta dari peringkat sekolah. Pertelingkahan sesama murid mungkin tercetus. Assabiyah kasta akan tersemai dari peringkat sekolah, yang akan memecahbelahkan kaum India selamanya.

 

 

 

 

ANALISA DARI ASPEK POLITIK

1.      Isu ini dibangkitkan oleh NGO India yang dipimpin oleh dua badan NGO seperti NGO Tamil Foundation dan majlis Gabungan NGO-NGO India.

2.      Isu ini dijangka akan dieksploitasikan oleh Pakatan Pembangkang dalam menghadapi PRK Tenang, malah PRU13.

3.      Laporan intelligence politik mengatakan kumpulan tersebut sedang menyedia untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran dalam sedikit masa lagi dengan kerjasama PR.

4.      Kumpulan ini juga dijangka akan menggunakan isu ini dan meletakkan seorang calon bebas bagi memecah belahkan sokongan kaun India kepada BN dalam PRK Tenang.

 

CADANGAN

1.      Dalam hubungan ini, kerajaan dicadang menarik balik buku tersebut daripada pasaran malah penggunaan di sekolah untuk membuktikan Kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak prihatin terhadap isu-isu sensitive kaum dan etnil yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum malah dikalangan kaum.

 

 

Disediakan oleh Sivarraajh,Pemuda MIC



Categories: Politics

Memorandum To Selangor MB

December 7, 2010 Leave a comment

MEMORANDUM MEMBANTAH DISKRIMINASI DALAM
PINJAMAN PENDIDIKAN DAN BIASISWA KEPADA PELAJAR INDIA DI NEGERI SELANGOR OLEH KERAJAAN SELANGOR

Kami, Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan Negeri Selangor dalam pengagihan pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada para pelajar India negeri Selangor.

Statistik menunjukkan hanya 4 orang pelajar India sahaja menerima pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri Selangor pada tahun 2010. Jumlah ini jauh berbeza di bandingkan dengan tahun 2006 dimana seramai 36 pelajar India menerima pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri Selangor. Apakah sebab utama untuk kemerosotan drastik ini?

Namun didapati pinjaman pendidikan bagi pelajar kaum bumiputra meningkat secara mendadak daripada 310 pinjaman yang ditawarkan pada tahun 2006 kepada 400 pinjaman pada tahun 2010. Adakah kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan sikap pilih kasih dalam soal ini ?

Ke manakah hilangnya janji Pakatan Rakyat yang heboh mengatakan soal perkauman tidak akan dijadikan sebagai ukuran sama sekali dalam apa jua keadaan? Bagaimanakah Pakatan Rakyat boleh membela nasib masyarakat india seandainya mereka tidak berkemampuan untuk memenuhi apa yang sudah sedia diperuntukkan untuk masyarakat india secara khususnya?

Penjelasan Ahli EXCO kerajaan negeri Selangor Teresa Kok berhubung isu ini adalah tidak relavan sama sekali dan alasan beliau bahawa kurang permohonan daripada pelajar India adalah untuk menutup mulut orang ramai semata-mata.

Dalam soal pemberian biasiswa oleh Yayasan Selangor pula, statistik yang dikeluarkan amatlah memeranjatkan. Ini kerana dalam 1,571 biasiswa yang ditawarkan bagi tempoh dua(2) tahun ini, hanya 5 orang pelajar sahaja merupakan pelajar bukan bumiputra.

Daripada 1,571 pelajar alasan bahawa hanya 3 orang pelajar India sahaja layak untuk menerima biasiswa dalam tempoh dua tahun adalah tidak wajar. Ini membuktikan dengan jelas berlaku diskriminasi kaum dalam pemilihan pelajar untuk ditawarkan biasiswa di bawah kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.

Negeri Selangor merupakan antara negeri yang paling ramai dihuni oleh kaum India. Namun tindakan kerajaan negeri Selangor seperti tidak rela untuk membela nasib warga kaum india di negeri sendiri. Persoalan yang timbul kini adalah apakah keupayaan sebenar kerajaan negeri Selangor dalam mempertahankan martabat kaum india?

Di Selangor, terdapat ramai pelajar kaum india yang tidak dapat meneruskan pelajaran mereka akibat kesengsaraan daripada kemiskinan terutamanya di kawasan Kinrara, Serdang, dan Klang. Kerajaan Selangor sepatutnya menggalakkan pelajar-pelajar tersebut untuk meneruskan pelajaran dengan menawarkan pinjaman pendidikan atau biasiswa. Malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tidak endah terhadap senario ini.

Oleh yang demikian Pemuda MIC menggesa Y.A.B Dato’ Menteri Besar untuk memberi perhatian dalam perkara ini serta mengambil tindakan yang diperlukan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi. Kami menggesa supaya hak kaum india untuk mendapatkan apa yang sudah sedia diperuntukkan tidak dipersalahgunakan oleh pihak tertentu.

Sekian,

Yang benar

Sivarraajh
Setiausaha
Pergerakkan Pemuda MIC Kebangsaan

Categories: Politics

Press statement – Selangor education fiasco

November 28, 2010 Leave a comment

Selangor state excutive councillor Teresa Kok should stop name calling and concentrate on rendering effective service to the people, especially the non Malays in the state.

She should admit her weakness and try to rectify them rather than resorting to press statements to hoodwink the people.

It is even shocking that only five out of 1,571 students given scholarships by Yayasan Selangor in 2008 and 2009 were non-Malays. This statstics were revealed by her own DAP assemblyman M. Manoharan.

It has been the practice of DAP leaders including Teresa Kok to resort to personal attacks against me to divert attention from her failures as an elected assemlywoman and a state executive councillor.

I want to know what the DAP elected representatives were doing for the past two years. What have they done for the non-Malays in the state.

It seems the three DAP state executive councillors were subservient to their other partners, PKR AND PAS in the state and if they cannot fulfill their duties, they should tender their resignation as executive councillors and let other capable leaders to hold their posts.

The three DAP councillors should also publicly explain the reasons why Yayasan Selangor failed to more shoclarship for the non Malays.

Are they acepting that there are no poor Chinese and indian families in Selangor who deserve the scholarships from Yayasan Selangor.

I challenge DAP secretary general Lim Guan Eng to request for an explanation from his state executive councillors and reprimand them for failing in their responsibility to fight for the non Malays.

Teresa Kok claimed that 28 Indians were given study loans from Yayasan Selangor last year but I still maintain that only four Indians were given. and this is confirmed in her blog, www. teresakok.com.

According to the statistics give, 53 Indians had applied for the study loans, with 28 offered and only four taking it up.

I dont know how Teresa Kok can claim that 28 Indians had been given the study loans with the given statistics. Either she is giving a false statement or does not understand mathematics.

Teresa Kok can give numerous reasons for failing to ensure a fair amount of scholarships for the non Malays but the bottom line is that, they had been cheated by the other Pakatan partners.

MIC Youth is not against the disbursing of scholarships to Malays, Indians and Chinese but there should be a fair distribution to reflect the poverty in the state.

The controversy over the study loans and scholarships is a clear indicator that the Pakatan Government has dscriminated against the non-Malays in the state.

I believe this is only a tip of the iceberg and more cases of discrimination against the non-Malays would come out soon.

C.Sivarraajh

Categories: Press Statement Tags: ,

Bukti Keprihatinan Kerajaan BN terhadap kaum India

November 27, 2010 Leave a comment

KERAJAAN PIMPINAN YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK MENGUMUMKAN GAGASAN 1MALAYSIA UNTUK MENGKUKUHKAN PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA. GAGASAN 1MALAYSIA MERAIKAN KEMAJMUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN MENJAMIN TIDAK ADA SATU KUMPULAN MASYARAKAT PUN YANG MERASA MEREKA TERTINGGAL DALAM ARUS PEMBANGUNAN NEGARA.

KERAJAAN PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK MEMBERI PERHATIAN DAN BANTUAN KEPADA SEMUA KAUM YANG MEMERLUKAN BANTUAN KERAJAAN, TERUTAMANYA KAUM INDIA YANG DIKENALPASTI MEMERLUKAN BANYAK BANTUAN KERAJAAN.

ANTARA PROGRAM DAN BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT INDIA SEJAK BELIAU DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI DALAM 1 TAHUN PERTAMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.    PERUNTUKAN RM 10 JUTA DILULUSKAN BAGI PUSAT TUISYEN ‘SRI MURUGAN CENTRE’ YANG MEMBANTU MEMBIMBING PELAJAR-PELAJAR INDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM/STPM. SELAIN ITU,SEBANYAK  50 PELAJAR INDIA CEMERLANG DITAWARKAN BANTUAN PENDIDIKAN SEJUMLAH

RM15, 000.00 SEORANG DARIPADA YAYASAN 1 MALAYSIA.

2.    UMUM PERATUS KEMASUKAN KAUM INDIA DALAM SEKTOR AWAM (PERKHIDMATAN KERAJAAN) DINAIKKAN DARI 4.1% KEPADA 7.4%. DIANGGARKAN, SEBANYAK 9.4% KAUM INDIA AKAN DISERAPKAN DALAM SEKTOR AWAM MENJELANG 2012.

3.    MENYEDIAKAN PERUNTUKAN BANTUAN RM 50 JUTA BAGI BAIK PULIH SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DI SELURUH NEGARA.

4.    MEMBUAT TETAPAN BILANGAN PELAJAR-PELAJAR INDIA YANG MENERIMA BIASASISWA PERSEKUTUAN DITAMBAH PADA MASA DEPAN. SEJUMLAH 316 DARIPADA 1011 YANG HADIR TEMUDUGA BIASISWA JPA TELAH DITAWARKAN BIASISWA JPA. SEJUMLAH 1810 PELAJAR TELAH MEMOHON UNTUK BIASISWA JPA DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN. INI ADALAH TERMASUK 126 PELAJAR BAGI MENERUSKAN PENDIDIKAN DALAM BIDANG PERUBATAN, DENTISTRY, PHARMACY, UNDANG-UNDANG DAN KEJURUTERAAN.

5.    PERUNTUKAN RM 200 JUTA DISEDIAKAN BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INDUSTRI KUMPULAN BELIA INDIA.

6.    MENINGKATKAN PELUANG MENDAPAT KONTRAK BAGI KONTRAKTOR INDIA DALAM SEKTOR KERAJAAN.

7.    PNB MEMPERUNTUKKAN RM 500 JUTA UNIT SAHAM BAGI MENINGKATKAN PERATUS EKUITI KAUM INDIA DALAM SEKTOR KORPORAT DALAM NEGARA.

8.    BILANGAN PENERIMA BIASISWA UNTUK PELAJAR-PELAJAR SPM YANG LULUS DENGAN CEMERLANG DINAIKKAN DARIPADA 120 PELAJAR KEPADA 316 PELAJAR BAGI TAHUN 2010.

9.    PADA JULUNGKALINYA KAUM INDIA DIPERUNTUKKAN 15% (RM 53.5 JUTA) DARIPADA JUMLAH SAHAM (RM499.5 JUTA) YANG DISEDIAKAN OLEH PNB.

10.  PEMBINAAN SEBUAH SEKOLAH TAMIL BARU, SRJK(T) SG.SALAK, DILULUSKAN DENGAN SERTA MERTA BAGI KEPENTINGAN PELAJAR-PELAJAR TAMIL DI KAWASAN SILIAU DI NEGERI SEMBILAN.

11.  LEBIH DARIPADA 4 ORANG DILANTIK SEBAGAI DUTA MALAYSIA DI LUAR NEGARA DAN 2 PEGAWAI KERAJAAN BERBANGSA INDIA DILANTIK SEBAGAI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN(KSU) DI KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN SEUMBER MANUSIA.

12.  PERUNTUKAN GERAN RM 2 JUTA DISEDIAKAN KEPADA PERSATUAN PENIAGA-PENIAGA INDIA MALAYSIA UNTUK MEMBANTU PENIAGA-PENIAGA INDIA.

13.  LEBIH DARIPADA RM 3.2 JUTA DISEDIAKAN BAGI TUJUAN BAIK PULIH TEMPAT IBADAT (KUIL) HINDU DI SELURUH MALAYSIA.

14.  PERUNTUKAN SEJUMLAH RM 20 JUTA DISEDIAKAN BAGI MAMBANTU PENIAGA-PENIAGA KECIL KAUM INDIA (PROGRAM TEKUN) DALAM BUDGET 2010.

15.  SEJUMLAH RM 1,060 JUTA DISEDIAKAN UNTUK MEMBINA DAN BAIK PULIH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DISELURUH NEGARA.

16.  PERUNTUKAN SEJUMLAH RM 130 JUTA DISEDIKAN UNTUK MAMBANGUN DAN MEMAJUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DISELURUH NEGARA.

17.  PERUNTUKAN SEJUMLAH RM 20 JUTA DISALURKAN KEPADA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA UNTUK MELATIH GOLONGAN BELIA INDIA DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN.

18.  PERUNTUKAN RM 70 JUTA SETIAP TAHUN BAGI TUJUAN BAIK PULIH SEKOLAH BANTUAN MODAL SELAMA DUA TAHUN (2011-2012).

19.  PERUNTUKAN RM 109 JUTA UNTUK PERLIASAN KEMUDAHAN AIR PAIP KE LADANG-LADANG YANG SIZENYA BERLUAS 1,000 EKAR DAN YANG TELLETAK BERHAMPIRAN (5 KM) DENGAN SALURAN UTAMA PAIP AIR KERAJAAN.

20.  BANTUAN RM 2,000 SEBULAN UNTUK BAYARAN AIR DAN ELEKTRIK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH BANTUAN MODAL TAMIL

Sekian

Sivarraajh

Categories: Uncategorized

Selangor PR Government’s failed the Indians

November 26, 2010 Leave a comment

My Press Statement On Selangor PR government.
Nov 26
KUALA LUMPUR: The Indians and Chinese students in Selangor have been discriminated by the Pakatan Rakyat government over the education study loans, MIC Youth secretary C. Sivarraajh said here.
“We are sadden that the state government had only offered study loans to four Indians this year as compared to 36 recipients in 2006,” he said in a statement.
A total of 12 Chinese students were offered study loans this year.
He said the state government is duty bound to provide an explanation on the low number of study loans offered to the Indian community.
“We cannot accept Selangor state executive councillor Teresa Kok’s explanation that there was lack of application from the non-Malays. It is irresponsible and she is clearly washing her hands in this sensitive issue,” he said.
Sivarraajh said Teresa Kok has shown her chauvinistic attitude by harping on the Chinese students and neglecting the Indian students in the state.
“She (Teresa Kok) must remember that she was elected by the Malays, Chinese and Indians but she has completely ignored the needs of the Indians,” he said.
He said the other Indian leaders in the Pakatan government have been silent on this issue as they have not been informed of the study loans or not interested in the well being of the Malaysian Indians.
“These people (Indian leaders in Pakatan) came to power on the Indian votes but have not lifted a finger to assist the Indian community. I hope the Indian community would see their true colours,” he said.
Sivarraajh said the MIC has always raised the issue of the JPA scholarships for Indian and this year, 361 students obtained the scholarships as compared to 354 in 2009.
He said the MIC-owned Maju Institute of Educational Development has already disbursed RM42.4 mil to over 9,500 students since 1984.
Last week, MIED has presented study loan cheques totalling RM576,830 to 64 students pursuing tertiary education in local and overseas universities last week.
ends

Categories: Uncategorized

Protected: Hello Malaysia

November 22, 2010 Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Categories: Uncategorized Tags: